Sabtu, 6 Mei 2017

Belajarlah ikatan dan simpulan....

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera kepada semua warga pengakap SMK Taman Daya 2...

Di sini kamu semua diseru untuk mempelajari ilmu ikatan kerana ia berguna dalam kehidupan manusia. Dalam pengakap terdapat pelbagai jenis ikatan dan simpulan yang ikatan ini digunapakai oleh semua pihak tidak kira agensi kerajaan mahupun badan bukan kerajaan yang lain. Kamu akan berasa keseronokan kalau berjaya mencuba setiap ikatan dan simpulan dalam membina gajet atau sesuatu aktiviti. Berikut ada beberapa gambar simpulan,ikatan dan gajet yang perlu kamu kuasai. Antaranya ialah :

















 



Sabtu, 22 April 2017

Karnival Kokurikulum SMK Taman Daya 2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Salam 1 Malaysia.

Pada 22 April 2017, SMK Taman Daya 2 telah menjalankan beberapa aktiviti sempena Karnival Kokurikulum. Antara aktiviti yang turut disertai oleh barisan ahli pengakap ialah pertandingan kawad kaki dan ikhtiar hidup. Berikut gambar sepanjang aktiviti pertandingan tersebut dijalankan.

 


 
  











 Keputusan akhir, pengakap cuma saguhati dalam pertandingan kawad kaki dan tempat ke-4 dalam
ikhtiar hidup. Tahniah diucapkan kepada setiap pelajar kerani anda berani mencuba dan menaikkan semangat pengakap. Semoga ia menjadi pendorong kepada semua pelajar untuk kekal aktif dan memajukan pengakap sehingga mereka menamatkan persekolahan. Tahniah diucapkan. 







Latihan Kawad Kaki dan Latihan Ikhtiar Hidup peringkat sekolah

Pada minggu sebelumnya, pelajar pengakap SMK Taman Daya 2 telah melakukan latihan kawad kaki dan ikhtiar hidup sempena pertandingan yang dianjurkan pihak sekolah sempena karnival Kokurikulum. Oleh itu, pelajar pengakap akan sentiasa berusaha walaupun mempunyai banyak kekangan untuk memastikan mereka dapat menyertai pertandingan yang dianjurkan. Berikut adalah beberapa gambar yang menjadi ingatan dan kenangan kepada setiap ahli pengakap SMK Taman Daya 2.

1. Latihan kawad kaki:







2. Latihan Ikhtiar Hidup :

Ini adalah sebahagiaan demo daripada pelajar pengakap kepada ahli pengakap yang akan memasuki pertandingan Ikhtiar hidup sempena karnival koko nanti.




3. kawad yell






Semoga ia menjadi kenangan kepada guru-guru dan semua pelajar yang sama-sama terlibat dalam membantu memartabatkan pengakap sekolah.


Sabtu, 18 Mac 2017

Projek Pertama Pengakap SMK Taman Daya 2, 2017

Tanggal 28/03/2017 Persatuan Pengakap Sekolah telah melaksanakan projek pengakap yang pertama iaitu projek gotong-royong. Projek ini dijalankan untuk mengumpulkan batang kayu untuk beberapa tujuan aktiviti pengakap pasa akan datang.  Pengakap diminta berkumpul di sekolah. Pada jam 8.00 pagi, Cikgu pengakap sekolah mengarahkan pelajar bersedia mengenakan pakaian keselamatan seperti memakai kasut bot, menggunakan parang dan gergaji bagi tujuan itu. Berikut adalah beberapa gambar yang menjadi kenangan kepada pelajar supaya mereka dapat menamkan lagi semangat persaudaraan pengakap.

a. Aktiviti tebang pokok bersama guru n pljr.








 

  


  


 b. Pertolongan daripada bapa pelajar.
  


          

c. Proses kumpulkan kayu pancang.








  

 




D. Makan tengah hari.



Setelah selesai, pelajar diminta pulang untuk berehat dan melakukan tugasan harian. Terima kasih kepada cikgu pemimpin kerana membawa pelajar kepada aktiviti yang mencabar dan menyihatkan. Sesungguhnya kita berusaha untuk memperlajari ilmu pengakap dengan baik dari semasa ke semasa.