Isnin, 13 Mac 2017

Aktiviti Pengakap Perjumpaan ke-2

Perjumpaan kali ke-2 sesi 2017, Pengakap Muda diajarkan persetiaan pengakap dan undang-undang pengakap. Pelajar diminta hafal lafaz ikrar pengakap dan ingat undang-undang pengakap disamping mengingati lagu pengakap.

Kemudian, pengakap muda pula diarahkan melaksanakan menghiaskan papan tanda Badan Beruniform Pengakap di laluan ke kantin. Hal ini melatih para pelajar bekerjasama dalam melakukan sesuatu tugasan yang diberikan. Hasilnya, pengakap dapat menyiapkan tugasan yang diberikan.


 Pada sebelah petang pengakap muda dan pengakap remaja menjalankan misi memasang khemah. Para pelajar boleh mendapat pengalaman yang bermakna bagi mereka yang tidak pernah mengikuti mana-mana aktiviti perkhemahan. Inilah reaksi pelajar yang dapat dipaparkan sepanjang perjumpaan kali ke-2.






 Kepada barisan AJK Pengakap pelajar sesi pagi dan sesi petang, Siapkan terlebih dahulu buku log anda untuk dipaparkan kepada ahli pengakap yang baru. Anda diingatkan untuk membuat persiapan bagi beberapa projek pengakap pada tahun ini.


2 ulasan:

  1. Semoga pelajar terhibur. Banyakkan aktiviti yang lebih menarik lagi.

    BalasPadam